Syarat Pemandulan Kucing Jantan & Betina

Percuma ward 3H2M.
-Hari 1: Penghantaran dan dipuasakan di klinik
-Hari 2: Pembedahan pemandulan
-Hari 3: Kucing boleh diambil

Pastikan vaksin lengkap, updated dan semasa pemeriksaan Dr. kucing dalam keadaan yang sihat.

Sila bawa kad vaksin dan makanan. Ubat kutu dan cacing juga akan diberikan semasa pemeriksaan sekiranya belum dikemaskini. Untuk harga atau booking boleh tekan no. whatsapp ini 0178754709.

Terima kasih.

——————————————————————–

PEMANDULAN KUCING JANTAN (CASTRATION)

Syarat-syarat pemandulan:

  1. Berumur sekurangnya 6 bulan
  2. Mempunyai tahap kesihatan & berat badan yang baik
  3. Bebas daripada ektoparasit (kutu/sengkenit/pinjal), cacing dan masalah kulit yang berjangkit (Update ubat cacing dan kutu)
  4. Vaksin lengkap (tahunan) dan telah dikemaskini serta tidak luput
  5. Kucing boleh dimandulkan seawal 2 minggu selepas suntikan terakhir
  6. Caj tambahan untuk kes “Cryptochid”

PEMANDULAN KUCING BETINA (SPAYING)

Syarat-syarat pemandulan:

  1. Berumur sekurangnya 6 bulan
  2. Mempunyai tahap kesihatan & berat badan yang baik
  3. Bebas daripada ektoparasit (kutu/sengkenit/pinjal), cacing dan masalah kulit yang berjangkit (Update ubat cacing dan kutu)
  4. Vaksin lengkap (tahunan) dan telah dikemaskini serta tidak luput
  5. Kucing boleh dimandulkan seawal 2 minggu selepas suntikan terakhir
  6. Kucing betina yang bunting tidak akan dimandulkan
  7. Ibu kucing yang mempunyai kelenjar susu yang bengkak tidak akan dimandulkan.
  8. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya berlaku pendarahan (terutamanya kucing on heat)

——————————————————————–

PENJAGAAN KUCING SELEPAS MANDUL

Untuk harga atau booking boleh tekan no. whatsapp ini 0178754709.

Q&A

Soalan: Saya nak mandulkan kucing, boleh tak tanpa vaksin?
Jawapan: Untuk polisi Klinik Veterinar Southville City, kami hanya menerima kucing yang telah lengkap vaksinnya iaitu vaksin yang masih dalam tempoh dan tidak luput. Andai kata kucing baru lengkap vaksinnya perlu tunggu sekurangnya 2 minggu baharu boleh dimandulkan.

a. Sekiranya umur kurang daripada 6 bulan, maka perlu 3 kali vaksin dengan jarak sebulan.
b. Bagi kucing berumur 6 bulan dan ke atas, 2 kali vaksin dengan jarak sebulan.

-Kucing boleh divaksinkan bermula usia 2 bulan, sihat dan tidak bunting serta boleh dimandulkan seawal usia 6 bulan.

Soalan: Jadi vaksin atau mandulkan yang penting?
Jawapan: Pandangan kami, dua-dua penting. Vaksin penting untuk elak risiko jangkitan virus pembunuh, sunat penting untuk mengawal populasi dan juga penyakit. Namun, sebaik-baiknya vaksinkan dahulu sebelum dimandulkan untuk mengurangkan risiko komplikasi penyakit virus yang membunuh sama ada sebelum, semasa dan selepas pemandulan.

Soalan: Kenapa “klinik x” boleh mandulkan tanpa syarat vaksin?
Jawapan: Anda pasti Dr. Vet tersebut tidak menasihatkan anda untuk vaksinkan kucing? Risiko kucing yang tidak divaksinkan untuk terdedah pada virus membunuh adalah tinggi berbanding kucing yang telah divaksinkan.

Senario yang kami dapati dari klinik lain:-
1. Kucing yang dimandulkan tanpa vaksin rata-rata pernah alami komplikasi virus selepas sunat disebabkan imun badan yang lemah. Penularan juga boleh berlaku pada kucing lain dan menyebabkan wabak di sesuatu kawasan.
2. Ada kucing mati di meja pembedahan atau pun selepas pembedahan.
3. Kes saman menyaman antara dua pihak disebabkan komplikasi atau pun mati (Empunya kucing peluang untuk menang saman sangat tipis kerana sebelum vet menerima kucing empunya kucing akan menandatangani borang persetujuan/consent letter)
4. Owner menyatakan akan vaksinkan kucing selepas kucing dimandulkan, namun sampai ke hari ini tidak divaksinkan kucing tersebut. Akhirnya kucing mati, bukankah membazir?
5. Banyak pemilik kucing mengambil kesempatan dengan mengatakan ini bukan kucing miliknya tetapi adalah kucing liar/stray cat untuk mendapatkan fast lane/harga yang lebih murah walhal di sebaliknya.
6. dan lain-lain.

Kos rawatan untuk kucing yang terkena wabak virus pembunuh sangatlah tinggi (bukan wang semata, tetapi masa, tenaga, ruang dan jiwa juga dikerah) berbanding kos vaksinkan kucing yang dapat mengelakkan atau mengurangkan komplikasi virus pembunuh.

Dari awal-awal nak buat kebajikan, nak kawal populasi akhirnya tiada yang nak mandulkan sebab kos makin meninggi untuk rawatan kemudian dengan kuasa viral salahkan vet dan sebarkan kefahaman yang salah kepada orang lain.

Percayalah, Dr. Vet akan sedaya upaya akan membantu kebajikan kucing. Kebajikan bukanlah terletak pada murahnya harga atau cepatnya tetapi meletakkan kucing pada perkara-perkara yang sepatutnya dijaga. Setiap perkara ada risiko dan pro contra. Dr. Vet terbuka untuk berbincang dengan pemilik kucing kerana mereka juga manusia yang punya hati boleh memahami. Berbagai manusia dan ragam telah dihadapi tetapi mereka tetap ada untuk kebajikan kucing anda.

Namun, jika anda tetap tidak ingin vaksinkan kucing, risiko tetap di tangan anda. Percayalah banyak kebaikan vaksinkan kucing ini. Sekarang ini nak boarding/cat hotel pun syaratnya adalah kucing sihat dan telah divaksin ya.

Bagi kucing yang dijangkiti virus pembunuh ini risiko mati memang tinggi (50-50) tetapi ingat mereka tetap boleh sembuh. Andai telah sembuh vaksinkan kucing anda ya!

Soalan: Kalau saya tak nak beri ubat kutu dan ubat cacing boleh?
Jawapan: Polisi klinik kami bagi mana-mana kucing yang tinggal untuk pembedahan/boarding/ward diwajibkan untuk beri ubat kutu dan ubat cacing yang diktiraf veterinar. Kutu dan cacing adalah perkara asas yang perlu dititik beratkan namun ramai yang ambil mudah perkara ini sehingga penyakit berkaitan menjadi lebih serius dan kritikal.

Banyak kes yang kami terima, selepas balik boarding kucing ada banyak kutu/cacing. Bila disoal siasat rupanya tidak diberikan ubat kutu sebelum penghantaran boarding atau pun menggunakan ubat kutu yang tidak berlesen/diiktiraf oleh veterinar. Kaedah yang terbaik dapatkan nasihat veterinar terdekat anda untuk ubat kutu dan ubat cacing yang mana sesuai digunakan.

Leave a comment