Syarat Boarding & Ward

BOARDING KVSC
-Klinik Veterinar Southville City (Kemaskini September 2023)

Sebelum

  • Tempahan melalui whatsapp diutamakan (“Snap” kad vaksin di whatsapp. Walk-in dan cukup syarat dibenarkan sekiranya masih ada slot)
  • Kucing wajib sihat (Jika tidak sihat, perlu dimasukkan ke ward sekiranya masih ada slot lagi atau sekiranya tiada perlu menghantar ke klinik veterinar lain yang berdekatan)
  • Telah divaksin dan masih dalam tempoh (Jika belum divaksin, sekurangnya seminggu sebelum boarding telah divaksinkan)
  • Ubat kutu & cacing telah dikemaskini (Jika belum boleh dikemaskini semasa hari penghantaran. Ubat kutu dan cacing hendaklah diiktiraf oleh veterinar dan dikemaskini di kad vaksin kucing. Ubat kutu yang dibenarkan; Advantage/ Advocate/ Frontline/ Broadline/ Revolution/ Bravecto/Nexgard/Seresto)
  • Deposit diutamakan kepada pelanggan yang tidak pernah boarding bersama KVSC.

Semasa & Selepas

  • Kad vaksin wajib dibawa (Jika tertinggal atau hilang perlu dapatkan atau dibuktikan. Jika tidak pihak klinik wajar menolak boarding kucing tersebut)
  • Wajib bawa makanan sendiri. (Pastikan bawa makanan yang telah sebati dengan selera kucing dan diletakkan di dalam bekas kedap udara. Sekiranya tidak membawa makanan, pihak klinik akan memberi makanan klinik seperti Royal Canin/Hills/AIMS merujuk kepada stok sedia ada dan akan dicaj RM5/hari)
  • Baca dan Tandatangan borang persetujuan (Consent Letter) & membayar deposit
  • Request untuk memberi supplement/ubat yang dibekalkan sendiri (Caj akan dikenakan RM3-RM5/day)
  • Andai kata ingin menambah tempoh boarding, perlu lunaskan kos sedia ada (jika ada) dan membayar berapa malam yang ingin ditambah. (Jika tidak berbuat demikian, kami berhak menolak permohonan extend dan perlu ambil kucing pada hari yang telah ditetapkan sebelum ini.)
  • Normal sekiranya dalam tempoh boarding kucing akan jatuh sakit (kerana faktor perubahan suasana/stress/tidak mahu makan dan lain-lain. Kucing akan dimasukkan ke ward dan diberikan ubat jika perlu serta akan dimaklumkan pada pemilik kucing. Caj tambahan akan dikenakan)
  • Grooming (Selalunya, bila boarding dalam tempoh lama kucing kita akan berasa tidak selesa mungkin sebab kotor, bau kepam, dan juga dikhuatiri ada sisa-sisa kuman di bawa balik ke rumah. Sangat disarankan agar mereka dimandikan dahulu sebelum balik, atau pemilik sendiri boleh mandikan terus setelah balik. Sekiranya tuan si bulus inginkan servis ini perlu beritahu awal atau sekurang-kurangnya sehari sebelum ambil kucing.Sekiranya kucing dalam keadaan stress dan sakit tidak digalakkan.)
  • Hantar dan ambil kucing pada masa ditetapkan (Disarankan waktu operasi klinik. Sekiranya pemilik tetap ingin ambil di waktu sebelum atau selepas waktu operasi mahupun waktu rehat caj yang dikenakan adalah bersamaan satu malam)
  • Tidak ambil dalam masa 7 hari (Sekiranya pemilik tidak memaklumkan/tidak mengendahkan/tidak respon/tidak membayar dan sebagainya dalam masa 7 hari, kucing akan dilepaskan pada pemilik baru dan pemilik lama akan diambil tindakan sewajarnya serta disenaraihitamkan.)

Tambahan RM2/ekor pada hari cuti umum.

Harga Boarding/ward dan Details atau pada siapa untuk saya hubungi untuk pertanyaan atau booking?
Boleh terus ke klinik veterinar untuk pertanyaan atau hubungi 03-86903966 atau whatsapp 0178754709.

WARD KVSC

-Secara umum adalah sama seperti boarding di atas dan harga adalah berbeza.
-Kucing yang sakit akan berada di bilik ruangan ward sahaja dan tidak akan berada di ruangan kucing yang sihat
-Penyakit berjangkit seperti Parvo, Sporo, FIV dan FELV tidak dibenarkan di atas kekurangan fasiliti dan menjaga kemaslahatan

Leave a comment